[1][2][3][4][5][6][7][8][9][10][11][12][13][14][15][16][17][18][19][20]
[21][22][23][24][25][26][27][28][29][30][31][32][33][34][35][36][37][38][39][40]
[41][42][43][44][45][46][47][48][49][50][51][52][53][54][55][56][57][58][59]

Nota penulis:
Episod akhir Vorteks mengandungi dua pengakhiran.
Sila pilih dengan klik mana satu pengakhiran pilihan anda.
Ya. Seperti apa
yang mereka ramalkan, peristiwa itu memang berlaku.
Malam menjelang 23
haribulan, awan tebal mula berkumpula dan membentuk pusaran di langit
seolah-olah satu vorteks awan yang besar. Suasana sekitar mula menjadi sejuk
secara mendadak. Beberapa saat kemudian, satu sambaran kilat yang besar diikuti
dengan petir yang kuat keluar dari pusat pusaran awan tersebut menghentam bumi
pada satu lokasi yang spesifik. Lokasi sama seperti yang pernah berlaku lapan
tahun lepas. Juga lokasi yang sama seperti yang pernah berlaku 7 hari lepas.
22 Mac 2012, jam 2230.
Kilat Thor sekali
lagu menyambar bilik loteng di rumah Prof. Erman.
------
Johan mengeliat,
meregangkan badannya. Sambil menguap, dia membuka matanya perlahan-lahan. Mata
kuyunya melihat kawasan sekeliling. Hanya selepas sepuluh saat baru Johan sedar
dia tidak berada di tempat selalu dia terjaga daripada tidur. Dia bukan berada di
atas katil di dalam biliknya di kolej kediaman universiti seperti selalu. Dia
juga bukan berada di atas katil di biliknya di rumah ibu bapanya. Dia berada di
atas katil di dalam bilik yang kelihatan tidak asing baginya.
Johan berada di
dalam bilik di rumah Prof. Erman.
“Selamat pagi,
Johan. Selamat kembali.”
Satu suara
kedengaran dari satu sudut bilik. Suara itu datang dari seorang lelaki
pertengahan umur yang sedang duduk memerhati.


.
0 nota kaki:
Post a Comment