[1][2][3][4][5][6][7][8][9][10][11][12][13][14][15][16][17][18][19][20][21][22][23][24][25][26][27][28][29][30]

Angin bergeser
dengan daun-daun menghasilkan bunyi seakan-akan siulan yang datang dari pokok. Bunyi
itulah yang menjadi peneman Johan dan Prof. Erman dalam perjalanan mereka
merentas hutan sebelum bertemu dengan landasan keretapi. Landasan keretapi tersebut
menghubungkan antara Lapangan Terbang Utama Arahjaya dengan seluruh kawasan Arahjaya.
Sepanjang jalan sehingga ke penghujung landasan, akan ada satu kawasan
dipercayai tempat Intan disorok selepas diculik awal pagi tadi. Tempat itulah
matlamat mereka berdua.
20 Mac 2004, jam 1114.
“Johan, ingat.
Kita akan ikut sepanjang landasan ini dan bila berjumpa dengan tempat yang
disyaki, kita sahkan dulu. Lepas itu baru kita buat panggilan kepada polis,
biar polis handle.”
Johan
memberhentikan langkah kakinya setelah mendengar kata-kata Prof. E itu. Dia kemudian
memalingkan kepala kepada Prof. E yang berjalan di belakangnya.
“Prof...” Johan
tersenyum.
“...dekat 40 kali
dah saya dengar perkara tu keluar dari mulut Prof.”
Prof. E tersenyum.
40 kali mungkin terlalu ditokok tambah, tapi dia yakin dia sudah mengulangnya
hampir masuk dua digit.
“Aku cuma nak
ingatkan. Kita tak tahu siapa yang bakal kita berhadapan.” Nafas Prof. E
menjadi pendek. Pada usia dia, merentas hutan menuju ke tempat yang belum
diketahui kewujudannya adalah sesuatu yang sangat memenatkan.
“Saya cadangkan
Prof simpan tenaga untuk perjalanan ini daripada terus mengulang perkara yang
saya dah tahu.” Prof. E dan Johan ketawa kecil.
Seketika kemudian,
langkah kedua-dua Prof. E dan Johan terhenti.
“Itu. Itulah dia.”
Prof. E meluruskan jari telunjuk mengacukan ke arah sesuatu di hadapan mereka.
Johan tersenyum.
“Itulah dia.
Landasan keretapi. Apa yang perlu kita buat ialah berjalan sepanjang landasan
ini menuju ke arah timur sambil melihat kalau-kalau ada tempat Intan
disembunyikan di sekitar.”
Pada masa yang sama, di satu kawasan sekitar Bandar
Selatan:
“Hello, Zul!”
Encik Alex kelihatan sedang membuat panggilan kepada Zul, si lelaki berbadan
tegap merangkap ketua daripada geng tiga orang yang menculik Intan.
“Hello Encik Alex.
Apa hal telefon? Mahu cerita tentang bayaran kah?”
“Sabar dulu.
Bayaran tak lari. Tapi aku ada satu berita baik untuk kau orang.”
“Apa dia?”
“Dengar sini. Kau
bertiga sudah boleh kerjakan itu budak perempuan. Buatlah apa yang kau suka.”
“Wah. Itu memang
berita gembira tu!”
“Pastikan budak
itu dapat cukup-cukup. Lepas kau orang puas, tunggu panggilan dari aku. Bila
aku benarkan kau lepaskan budak itu, lepaskan dia ke tempat yang senang
dijumpai.Tapi jangan sampai mati pula. Ingat tu?”
“Ok, Encik Alex.
Itu jangan risau. Serahkan saja kepada kami.”
“Lepas tugas kau
itu selesai, baru kita cerita tentang bayaran.”
“Baik, Encik Alex.”
Perbualan telefon
itu ditamatkan. Senyuman sinis bercampur kepuasan terukir lebar di wajah Encik
Alex. Dia yakin, segala yang dirancang olehnya berjalan dengan lancar.
Sementara di rumah Intan di utara Bandar Selatan:
Encik Ahmad
kelihatan terduduk menunduk dengan kepala ditahan dua tangannya. Dia jelas
runsing. Dia kemudian dihampiri oleh isterinya yang pipinya masih dibasahi air
mata.
“Abang, kenapa?”
tanya isteri Encik Ahmad.
Encik Ahmad
bingung, tidak pasti sama ada mahu berterus-terang dengan isterinya atau tidak.
Separuh hatinya menganggap lebih baik dirahsiakan tentang tawaran Encik Alex
itu dari isterinya. Separuh lagi mendesak untuk menceritakan supaya dirinya dapat
pandangan dari orang ketiga untuk membuat keputusan.
“Tak apa-apa, sayang.
Nanti abang ceritakan.”
Mereka berdua
kemudian dihampiri seorang pegawai polis berpangkat inspektor.
“Maafkan saya,
Encik Ahmad, puan.” Serentak kedua-dua kepala Encik Ahmad dan isterinya
berpaling ke arah inspektor itu.
“Saya ada beberapa
soalan yang mahu ditanyakan.”
“Ya. Silakan.”
Inspektor tersebut
membelek-belek beberapa helai kertas di tangannya.
“Dari siasatan
kami dari pagi tadi, kami dapati ini bukan satu kes pecah rumah dan penculikan biasa.”
Muka Encik Ahmad
dan isterinya serta merta berubah. Terkejut.
“Kita pada mulanya
beranggapan kes ini pada asalnya adalah pecah rumah, kemudian berlarutan kepada
penculikan apabila melibatkan anak gadis encik. Tapi, hakikatnya adalah
sebaliknya.”
“Sebaliknya? Bagaimana?”
“Ya. Maksud saya, kemungkinan
besar para penjenayah dari awal sudah berniat mahu menculik. Pecah rumah dan
mencuri barangan berharga hanyalah sampingan.”
Isteri Encik Ahmad
menjerit kecil dan kembali menangis. Encik Ahmad kemudian memeluk isterinya
untuk menenangkannya.
“Jadi, soalan
pertama saya, ada sesiapa yang Encik Ahmad suspek berdendam dengan Encik Ahmad sehingga
mampu merancang jenayah seperti ini?”
Terus, Encik Ahmad
terbayangkan muka seseorang. Alex.
Di sebuah rumah tinggal usang, di pinggir sempadan
kawasan lapangan terbang:
“Bawi, Galah. Kita
dah dapat green light.” Zul memberi
khabar berita.
“Green light? Untuk apa?” Bawi, si
seorang dari geng bertiga yang berbadan besar, kebingungan.
“Bodoh ke apa? Tu
hah! Lauk dekat atas tu.” Giliran Galah, lelaki tinggi lampai, untuk bersuara.
“Maknanya kita tak
payah tunggu masuk malam lah, ya?” Bawi kedengaran riang. Dia memang tertunggu-tunggu
peluangnya untuk melampiaskan nafsu.
“Dengar sini. Biar
aku yang rasmi. Korang berdua jangan cuba nak potong line. Kalau tak, tahulah
akibatnya.” Zul memberi amaran. Bawi kelihatan kecewa, tapi Galah seperti tidak
kisahkannya.
“Aku nak mandi
dulu. Aku tak suka badan aku busuk semasa ‘berseronok’, tapi aku paling suka
peluh anak dara.”
Serentak mereka
bertiga ketawa berdekah-dekah. Kemudian, Zul beredar dari situ menuju ke bilik
mandi di belakang rumah. Bawi dan Galah berpandangan sesama sendiri.
“Galah, aku pun
nak rasa yang dara juga. Asyik Zul je yang dapat.” Bawi merungut.
“Biarlah dia. Dia
yang dapatkan kita habuan. Aku tak kisah. Dara ke, tak dara ke, aku bedal je
semua.”
Di tingkat atas,
di dalam bilik Intan dikurung, Intan masih terduduk di hujung penjuru paling
jauh bilik. Walaupun sudah berhenti menangis, tapi seluruh badannya masih
menggigil.
Dia tahu bala yang
semakin menghampirinya.

0 nota kaki:
Post a Comment