[1][2][3][4][5][6][7][8][9][10]

Orang ramai mungkin tidak mengetahuinya, tapi kebanyakkan saintis fizik,
metafizik dan matematik percaya, jika kita menjelajah dalam satu garisan
merentasi alam semesta sejauh mungkin, kita akan bertemu dengan penghujung
alam. Seterusnya, jika kita merentasi penghujung alam dan menjelajahinya sejauh
mungkin, kita akan bertemu dengan salinan seperti diri kita yang sama, tapi
hidup dan tinggal di alam yang lain. Para pakar dan bijak pandai mempercayainya
sebagai alam selari (parallel universe)
dalam satu jalur masa alternatif (alternative
timeline).
Mereka juga percaya bahawa terdapatnya alam selari yang tidak terkira
bilangannya di luar sana hasil dari perlakuan kita yang berbeza. Sebagai
contoh, jika pagi tadi kita bangun dan bersarapan, maka ada alam lain di mana
kita bangun pagi dan TIDAK bersarapan. Alam selari ini tidak terkira
bilangannya dan wujud dengan setiap kemungkinan yang ada.
Paling tidak, itu yang dipercayai Prof. E. Dia sudah mengkaji kemungkinan
wujudnya alam selari sejak dari muda lagi. Walaupun tiada bukti kukuh yang
menyokongnya, tapi kemungkinan logik yang digunakan akal dan maklumat dari
tokoh-tokoh fizik dan metafizik yang terdahulu sebelumnya membuatkan dia
percaya seratus peratus fakta tersebut. Dia betul-betul percaya itulah
kebenarannya, namun dek kerana hayat manusia terlalu pendek untuk
mempelajarinya, kebenaran masih belum dapat dipastikan.
Lain pula dengan Johan. Padanya, semua yang berlaku bukanlah kebetulan.
Padanya, semua yang berlaku di dunia kita ini sudah tertulis dan digelar
takdir. Ada wujudnya satu Maha Kuasa yang besar sedang memerhatikan perjalanan
takdir tersebut. Tiada alam selari, tiada jalur masa alternatif. Johan sedar
dia bukanlah seorang yang kuat agama, tetapi dia tidak pernah meragui kewujudan
Tuhan walaupun dia juga seorang ahli sains dan sedang belajar dalam bidang
perubatan. Padanya, sains adalah penjelasan kepada sekelumit kuasa Tuhan, sedangkan
masih banyak lagi perkara yang tidak mampu difikirkan manusia biasa.
18 Mac 2004, jam 0800.
Prof. E menuruni tangga dari biliknya untuk bersarapan di dapur sebelum
ternampak Johan yang sedang membancuh kopi di atas meja makan. Pertelingkahan
semalam membuatkan tiada siapa antara mereka bertegur sapa semalaman. Mereka
bertentang mata, namun tiada kata-kata.
Namun, Johan sedar, sesuatu perlu dilakukannya.
“Saya ada buatkan roti bakar. Mari kita sarapan sama-sama.” Johan menginisiatifkan
perbualan dengan mempelawa. Prof. E memberhentikan langkahnya seketika, lalu
terus menuju ke meja makan tanpa kata-kata.
Mereka berdua duduk berdua bersarapan. Janggal. Masing-masing terlalu fokus
dengan makanan sendiri, mungkin sebagai penghilang rasa janggal yang
menyelubungi.
Prof. E meletakkan cawan kopi yang dihirupnya ke atas piring.
“Norman.” Muncul satu nama dari mulut Prof. E.
Johan memandang Prof. E dengan penuh tanda tanya.
“Nama dia Norman. Nama anak lelaki aku Norman.”
Johan terkejut dengan keterbukaan Prof. E.
“Aku, memang sejak dari muda lagi, sudah memulakan kajian tentang teori jujukan
masa dan ruang ni. Sudah hampir 25 tahun rasanya. Dan macam manusia lain, aku
juga berkeluarga. Mengahwini seorang isteri yang cantik, dan dikurniakan
seorang anak lelaki yang sihat dan pandai.” Prof. E bercerita dengan senyuman. Johan
mendengar dengan teliti.
“Tapi, setelah mendapat tahu tentang kilat Thor dan teori ‘wormhole’ yang
boleh diaktifkan setiap lapan tahun di loteng rumah ini, aku membeli rumah ini.
Isteri dan anak aku gembira, namun apa yang mereka tidak tahu adalah, aku beli
rumah ini adalah demi diri aku sendiri. Demi kajian aku.”
“ Aku menjadi terlalu obses. Masa aku, jika bukan berada di universiti
untuk mengajar dan mencari sumber rujukan, aku akan berkurung dalam bilik
kajian aku itu mengkaji setiap butiran dengan teliti. Hubungan aku dengan
manusia lain terputus, termasuklah hubunag bersama dengan isteri dan anak aku
yang tinggal serumah dengan aku. Rumah ini. Rumah yang sepatutnya mengembirakan
mereka.” Prof. E menekup mukanya tanpa sesalan.
“Satu malam lapan tahun lalu, semasa waktunya tepat dengan ramalan
kemunculan kilat Thor di loteng rumah, aku temui satu hasil keputusan yang
sangat mengembirakan. Saat itu, segala teori aku terbukti benar dengan
kewujudan fakta-fakta yang tidak lagi boleh aku sanggah. Aku ingin meraikan
kegembiraan aku. Aku ingin raikan dengan orang yang aku sayang. Isteri dan anak
aku. Aku berlari ke seluruh rumah mencari mereka. Tapi mereka tiada. Apa yang
ada hanyalah sepucuk surat yang ditinggalkan di atas katil bilik tidur aku.”
“Surat itu tertulis bahawa, isteri dan anak aku terpaksa meninggalkan rumah
itu dan menetap di kampung kerana merasakan sudah kehilangan aku. Mereka kata,
aku seperti sudah ‘berkahwin’ dengan kerja aku.
Aku sudah tenggelam jauh dalam ketaksuban yang aku cari sendiri,
sehinggakan melupakan dua insan yang paling aku sayang.”
“Adakah...hm...Prof dan isteri Prof sudah bercerai?” Johan bertanya.
“Tidak. Isteri aku tidak meminta cerai. Malah, dia kata apabila segala
kerja aku sudah siap, aku boleh jemput mereka pulang dari kampung.” Prof. E
menjawab.
“Dan ada Prof pergi bertemu mereka di kampung?”
Prof. E terdiam seketika. Soalan itu seperti susah untuk dijawab.
“Isteri aku pesan, jangan cari mereka sampai saat aku betul-betul mahukan
mereka kembali.”
“Maknanya, selama lapan tahun ni, Prof tak pernah menjenguk mereka
langsung?”
Prof. E mengangguk tanda iya.
Johan mengeluh panjang menekup muka.
“Aku cuma rasa, aku perlu selesaikan semua ini dulu, baru boleh bertemu
dengan mereka tanpa sesalan.” Huraian Prof. E sekaligus membuatkan Johan
membuka tekup tangan di mukanya.
“...dan Norman?” tanya Johan.
“Sewaktu meninggalkan aku, Norman berumur 17 tahun. Tetapi susuk tubuh dan
gaya perangainya sama dengan kau. Sejak mereka keluar, aku tak pernah ubah
segala barangan dan kelengkapan di bilik utama dan bilik Norman, sehinggalah
kau datang tiga hari lalu.” Johan menunduk.
“Mungkin sebab kemiripan kau dengan Norman, aku benarkan kau tinggal di
bilik dia..”
“...atau mungkin Prof rindukan dia dan isteri Prof.” Johan memotong kata
Prof. E.
Prof. E terdiam, tidak menafikan kata-kata Johan.
“Walaupun Prof tidak mengatakannya, tapi saya tahu Prof penuh dengan sesalan.”
Porf tidak memberi respon terhadap kata-kata Johan itu.
“Saya minta maaf dengan kata-kata saya semalam. Mesti Prof sangat tersinggung.
Saya sepatutnya lebih sensitif dan bersyukur sebab Prof sudi menolong saya dari
awal lagi.” Prof. E mengangguk tanda menerima kata-kata maaf dari Johan itu.
“Jadi, apa kata kita buat satu perjanjian. Saya akan berikan seratus
peratus komitmen dalam kajian Prof untuk menghantar saya pulang, dengan syarat
selepas semuanya berjaya, Prof berjanji akan pergi mencari kedua isteri dan
anak Prof, minta maaf pada mereka, bawa mereka pulang ke sini dan jalani
kehidupan normal seperti hidup keluarga yang lain. Boleh?”
“Komitmen?” Prof. E bertanya.
“Saya boleh mulakan dengan tidak menurut kata hati dengan pergi berjumpa
dengan orang yang saya kenali di zaman saya seperti yang saya buat semalam.
Hehehe..”
Ekspresi cerah dan riang di wajah johan amat terserlah. Prof. E tersenyum
kecil melihatnya.
“Baiklah. Aku janji.”

0 nota kaki:
Post a Comment