[1][2][3][4][5][6][7][8][9][10][11][12][13][14][15][16][17][18][19][20]

“Aku kata DIAM!”
Seorang lelaki
bertopeng muka berbadan besar mengherdik ibu Intan. Lelaki itu memegang
sebatang besi sepanjang hampir satu meter sebagai senjata. Dia mengacukan besi
itu kepada ibu Intan yang sedang menangis teresak-esak, terduduk di tengah
ruang tamu sambil tangannya diikat ke belakang dengan pita pelekat kuat..
“Woi, jangan
jerit. Nanti jiran dengar.”
Seorang lagi
lelaki bertopeng, kali ini tinggi lampai berbadan sedikit membongkok berada
ruang tamu. Di tangannya kelihatan beberapa utas barang kemas milik yang
diragutnya dari ibu Intan. Dimasukkannya barang tersebut ke dalam poket
seluarnya sambil menjelirkan lidah, mengekspreskan kepuasan.
Lelaki tinggi itu
datang menghampiri ibu Intan.
“Beritahu aku,
mana lagi kau simpan barang kemas kau, perempuan.” Lelaki tinggi itu
mencangkung rendah sambil mengacukan pisau pendek ala Rambo ke muka ibu Intan.
Ibu Intan hanya mampu terus menangis sambil memuncungkan mulutnya ke arah atas.
“Kau jaga
perempuan ni. Aku nak ke bilik utama atas, nak selongkar barang kemas.”
Selepas memberi
arahan kepada lelaki berbadan besar itu, lelaki tinggi tersebut meluru naik ke
atas.
Seketika kemudian,
kelihatan lelaki ketiga, seorang yang agak rendah tetapi berbadan tegap,
menuruni tangga sambil menarik seorang gadis yang sudah diikat tangan dan
ditutup mulutnya dengan pita pelekat. Gadis itu ialah Intan.
Muka Intan merah,
dibasahi airmata yang tak berhenti mengalir turun. Baju T yang dipakainya juga
basah dek peluh. Selepas turun dari tangga bersama lelaki ketiga itu, Intan
terus meluru kepada ibunya di tengah ruang tamu. Mereka duduk berdua, sambil
dipantau dua lelaki bertopeng.
“Budak ni kuat
jerit. Jangan buka pelekat mulut dia tu.” Lelaki berbadan tegap itu memberi
amaran kepada lelaki berbadan besar. Lelaki berbadan besar mengangguk faham.
Lelaki ketiga
kelihatan seperti ketua antara mereka. Dia memegang sebilah parang pendek
dengan ukiran kepala naga di hulu.
“Lepaskanlah kami,
encik. Ambillah apa saja, tapi janganlah diapa-apakan kami anak beranak.” Ibu
Intan merayu, memohon simpati dua lelaki bertopeng itu. Intan hanya kelihatan
menangis tak berhenti di sisi ibunya sambil mulutnya tak mampu berkata-kata.
Lelaki tegap tadi
ketawa kecil.
“Aku dengar, laki
kau seorang businessman yang berjaya
yang berjaya. Tentu banyak harta yang korang ada, kan?”
Lelaki tinggi
lampai tadi kelihatan turun sambil membawa satu kotak kayu. Kotak itu adalah
kotak simpanan barang kemas ibu Intan.
“Tengok ni, bos.
Banyak kita dapat ni. Mahu beratus ribu nilai semua ni.” Lelaki tinggi itu
membuka kotak berisi barang kemas itu dan menunjukkan isinya kepada lelaki
tegap. Mereka bertiga ketawa kepuasan.
“Apalah bangang
perempuan ni tak simpan barang kemas kat dalam peti besi. Lain kali, beli peti
besi. Baru selamat.”
“Aku rasa, cukup
setakat ni saja.” Lelaki tegap merendahkan diri sambil mengacukan parang pendeknya
kepada leher ibu Intan.
“Dengar sini.
Selagi korang anak-beranak tinggal di sini, korang akan sentiasa berada dalam
pemerhatian kami. Kalau nak selamat, PINDAH JAUH-JAUH!” Ibu Intan mengangguk
dalam ketakutan.
Tiga lelaki itu
kemudian bersiap-siap untuk keluar selepas tugas mereka selesai. Tapi, ada
sesuatu yang menarik perhatian si lelaki tegap. Intan.
Si lelaki tegap
memandang tajam kepada Intan. Intan sedar tentang pandangan itu. Ibu Intan juga
turut sedar. Ibu Intan menggerakkan badannya menghalang pandangan si lelaki
tegap itu daripada Intan. Naluri keibuannya merasakan ada sesuatu buruk yang
difikirkan si lelaki tegap itu.
“Woi, tutup mulut
si ibu ni!” Si lelaki tegap memberi arahan. Si lelaki tinggi menarik ibu Intan
ke tepi, lalu mengeluarkan pita pelekat dari beg dan menarik panjang pita
tersebut sebelum melekapkannya ke mulut ibu Intan. Ibu Intan sempat
meronta-ronta, namun apalah kudrat seorang wanita menentang seorang lelaki.
“Walaupun hasil
kali ni lumayan, tapi aku masih belum puas.” Sekali lagi pandangan si lelaki
tegap tepat ke arah Intan yang sudah terjarak dari ibunya. Sekali sekala,
pandangan Intan memandang ke ibunya, kemudian bertukar kepada si lelaki tegap,
dan kembali ke ibunya. Intan seperti meminta tolong tanpa suara.
Ibu Intan cuba
mahu bergerak mengesot ke arah anaknya, tapi dipegang kuat oleh si lelaki
tinggi. Dicubanya menjerit, tapi yang keluar hanyalah bunyi yang tak mampu didengari sesiapa. Lebat mengalir
airmata ibu Intan mengenangkan apa yang bakal terjadi kepada anaknya. Dia hanya
mampu berdoa dalam hati dan berharap semuanya hanyalah mimpi.
Si lelaki tegap
menghampiri Intan yang terduduk bersimpuh di lantai. Ditatapnya dari hujung
kepala sampai ke hujung kaki. Muka Intan yang kemerahan dan basah dengan
airmata membuatkan jantung lelaki itu berdegup kencang. Baju T yang basah dek
peluh ketakutan menarik minat dia, apatah lagi baju itu sedikit terselak di
pinggang menampakkan kulit badan Intan yang putih dan gebu. Terdapat senyuman
lebar di sebalik topengnya. Senyuman kepuasan memikirkan apa yang boleh
dilakukannya dengan seorang gadis dara yang sedang membesar dengan baik.
Si lelaki tegap
itu kemudian mengusap rambut Intan yang serabut dan basah. Intan meronta
menafikan dirinya untuk disentuh. Tapi lagi kuat Intan meronta, lagi keras
sentuhan lelaki itu.
Si lelaki tegap
itu berdiri tegak.
“KAU!” sambil
jarinya menuding ke arah si lelaki berbadan besar.
“Bawa budak ni
sekali. Banyak habuan kita boleh dapat dari dia ni.”
Hati ibu Intan
hancur mendengar kata-kata itu. Dunianya seperti gelap, sambil kedengaran
ketawa kecil ketiga-tiga lelaki durjana di situ. Pandangannya tepat ke arah
mata anaknya, yang turut sama membalas pandangannya. Mereka bertentang mata
sesama sendiri seperti menidakkan apa yang didengar. Namun, naluri keibuannya
masih kuat.
Ibu Intan meronta
dengan kencang. Dia menanduk dagu si lelaki tinggi, menyebabkan dirinya
terlepas dari cengkaman lelaki tersebut. Dia bingkas bangun, dan meluru ke arah
si lelaki berbadan besar yang sedang menghampiri Intan. Dia menolak badan
lelaki itu dengan sepenuh tenaganya, menyebabkan lelaki berbadan besar itu
terjatuh ke arah berlawanan.
Namun, belum
sempat ibu Intan berjaya menghampiri Intan, satu hentaman kuat dirasakannya di
belakang kepala. Si lelaki tegap tadi menghayunkan hulu parang pendeknya ke
belakang kepala ibu Intan, mengakibatkan ibu Intan tersungkur ke lantai.
Kesedaran ibu
Intan kian lenyap. Persekitaran pemandangan matanya menjadi semakin kabur.
Visual terakhir yang dilihatnya ialah kelibat si lelaki berbadan besar sedang
mengangkat Intan pergi.
“Intan...”
Lalu, pandangannya
gelap sepenuhnya.

0 nota kaki:
Post a Comment