[1][2][3][4][5][6][7][8][9][10][11][12][13][14][15][16][17][18]

Ketika menjadi
tetamu dalam satu rancangan temubual televisyen, Hani ditanyakan satu soalan
oleh hos rancangan.
“Baru-baru ini
industri digemparkan dengan berita Hani menolak satu tawaran berlakon sebagai
watak pembantu dalam satu filem terbitan seorang penerbit dari Hollywood.
Berita itu menggemparkan bukan sahaja industri tempatan, malah seluruh dunia
hiburan antarabangsa,” ulas hos rancangan.
Hani hanya
mengangguk sambil tersenyum.
“Peluang
ditawarkan berlakon di arena antarabangsa bukannya mudah dapat. Malah dikatakan
penerbit berkenaan sendiri yang berhubung dengan Hani. Kenapa Hani menolak
peluang keemasan itu?”
Sambil membetulkan
tempat duduknya, Hani menjawab ringkas, “Prinsip.”
“Prinsip
bagaimana?”
“Saya mula bergiat
dalam industri dengan satu syarat, tidak akan langgar prinsip peribadi tidak
kira apa juga keadaan. Prinsip peribadi saya itu ialah tidak akan terlibat
dengan mana-mana acara yang mampu mencetuskan kontroversi dari segi pendirian
agama dan kehormatan diri.”
Hos mengangguk
faham.
“Senang cerita,
tawaran emas itu memerlukan saya melanggar prinsip saya, dan saya tiada jalan
lain kecuali menolaknya.”
“Saya difahamkan
tawaran itu memerlukan Hani melakukan satu adegan ranjang. Betul?”
Hani senyum.
“Saya rasa, saya
tidak akan mengulas hal itu kerana pokok pangkalnya, saya sudahpun menolak
tawaran tersebut.”
Hos mengangguk
faham sekali lagi, sebelum bersedia untuk mengutarakan soalan seterusnya.
“Di sebalik wajah
cantik dan berbudi bahasa, Hani menjadi seorang yang kuat dengan prinsip.
Adakah pernah berlaku sesuatu yang menjadikan Hani seperti Hani sekarang?”
Hani menunduk
memikirkan sesuatu. Dia seperti sedang menyusun kata-kata di dalam fikirannya.
Kemudian, dia mengangkat kepala dan melihat tepat kepada kamera.
“20 haribulan Mac,
tahun 2004...”
19 Mac 2004, jam 2304.
“Bestnya awak, ada tutor sendiri.” Suara
Aida di hujung talian telefon kedengaran teruja.
“Best Aida. Seronok. Dia ajar memang
cepat faham.”
Intan berguling
dari posisi menelentang kepada meniarap di atas katil sambil telefon bimbit
masih lekat dipegang ke telinga. Selalu juga rutin berbual panjang dalam
telefon bersama dengan Aida dilakukannya. Tambahan pula kalau ada sesuatu yang
seronok untuk dibincangkan. Kali ini, topiknya adalah ‘anak saudara jiran
sebagai tutor mengajar matematik dan sains’.
“Dia handsome tak?” soalan cepumas dari Aida.
“Hmm...” Intan
memandang lama ke siling bilik.
“Handsome tu kita tak boleh nak kata
sebab itu pandangan individu, tapi muka dia memang buat hati rasa redup,” jawab
Intan sambil diakhiri ketawa kecil.
“Wah, maca ada
orang sudah jatuh hati nampaknya!”
“Hey, mana adalah...”
Sakat si Aida
membuatkan Intan tersenyum lebar. Dia tak rasa dia jatuh hati, mungkin dia tak
pernah rasa bagaimana perasaan ‘jatuh hati’ sebelum ini, tapi kata-kata Aida
tadi memang menggembirakan hati dia, sedikit.
“Tapi dia tak
lamalah, Aida. Dia balik rumah dia minggu depan. Hari isnin hari terakhir dia.”
“Oh, dia pelajar
universiti, kan? Nanti awak mintalah alamat dan nombor telefon. Bolehlah selalu
contact.”
“Saya takutlah.
Saya takut nanti dia kata dia anggap saya macam adik je...”
“Macam apa yang
terjadi antara awak dengan Cikgu Hanif dulu?”
Intan terdiam.
Kata-kata Aida itu membuatkan dia terkenang memori tahun lepas.
Tahun lepas
terdapat seorang guru praktikal datang mengajar di sekolah tempat Intan dan
Aida belajar. Tinggi, tampan dan bergaya. Guru praktikal itu dikenali sebagai
Cikgu Hanif sangat digemari para pelajar, terutamanya pelajar perempuan. Intan
tidak kecuali.
Kebetulan, Cikgu
Hanif ditugaskan menggantikan guru kelas Intan yang sedang cuti bersalin. Dari
situ, hubungan Cikgu Hanif dan Intan semakin rapat. Setiap kali ada masalah,
Intan akan menjadikan Cikgu Hanif sebagai tempat mengadu. Cikgu Hanif juga sentiasa
setia mendengar.
Dek kerana
perasaan yang semakin berputik, Intan tekad mahu meluahkan perasaannya kepada
Cikgu Hanif. Mungkin kerana terlalu terbawa-bawa dengan perasaan remaja yang
meningkat dewasa, Intan menulis sepucuk surat berisi luahan perasaan dan
meletakkannya di atas meja Cikgu Hanif di bilik guru.
Sehari selepas
itu, Cikgu Hanif memanggil Intan ke bilik guru. Intan, dengan muka
berseri-seri, berjalan cepat ke bilik guru untuk bertemu dengan cikgu
teristimewa buatnya itu. Tapi, apa yang menantinya hanyalah kata-kata yang
membuat luka.
“Cikgu hanya
menganggap awak sebagai murid. Hubungan kita hanya sebagai guru dan pelajar.”
Jelas perubahan di muka Intan selepas mendengar
kata-kata Cikgu Hanif itu. Tak cukup dengan itu, perbualan mereka berdua didengari
oleh dua-tiga guru yang duduk berdekatan dengan meja Cikgu Hanif. Guru-guru
berkenaan ketawa dengan kuat, memperlekehkan perasaan yang ada pada Intan
terhadap Cikgu Hanif. Lebih melukakan, Cikgu Hanif yang mendengar kata-kata
perlekeh teman sekerjanya itu juga tersenyum senget, menganggap semuanya
jenaka.
Walaupun tiada
airmata yang menitis di depan Cikgu Hanif, tapi Intan sangat kecewa. Cukuplah
perasaannya ditolak. Ditambah pula lagi dengan gelak tawa guru-guru lain, dan
juga senyuman senget Cikgu Hanif yang langsung tidak mempertahankannya, Intan
sedih. Dia berlari ke belakang kantin sekolah dan melepaskan airmata yang
ditahannya. Kebetulan, Aida ternampak Intan berlari ke belakang kantin sekolah
dan mengejarnya. Aida menenangkan Intan dan Intan meluahkan segalanya.
Dari situ, Intan
dan Aida menjadi kawan baik.
“Maaflah kalau
terungkit perkara lepas...”
Dek kerana Intan
yang terdiam terlalu lama di hujung talian, Aida risau akan kata-katanya tadi yang mungkin melukakan hati Intan.
“Taklah, Aida.
Saya dah lupakan cikgu tu.”
“Jadi...” Aida
cuba mengubah topik perbualan.
“...esok awak akan
jumpa Encik Yusran idaman hati awak tu lagi?”
Intan ketawa
besar. Idaman hati?
“InsyaAllah...”
Sementara, di
rumah Prof. Erman, ketika semua ruang bergelap kerana sudah waktu malam, satu
bilik di tingkat atas di hujung koridor menampakkan cahaya. Johan sedang duduk di
pinggir katil melihat kalendar meja ditangannya sambil berkerut cuba mengingat
sesuatu.
“Hari ni 19
haribulan. Esok 20 haribulan...” Johan bermonolog seorang diri.
“Aku rasa 20
haribulan Mac ada berlaku sesuatu yang besar, tapi aku tak lupa. Apa agaknya,
ya?”

0 nota kaki:
Post a Comment