[1][2][3][4][5][6][7][8][9][10][11][12][13][14][15][16][17][18][19][20][21][22]

“Intan selamat tak
selepas dia kena culik?”
Prof. Erman keras
bertanya soalan itu kepada Johan. Johan kelihatan bingung dengan solan
sedemikian.
“Sudah tentu dia
selamat. Dia bakal jadi artis terkenal dan berjaya.”
Prof. E
menghembuskan nafas panjang. Kelegaan.
“Kenapa?” Johan
bingung.
Prof. E tersenyum.
Dia memegang kedua belah bahu Johan.
“Kalau dia
selamat, tak apalah. Maknanya nanti dia akan diselamatkan. Pihak polis akan
sedaya upaya selamatkan dia.”
Terkejut dengan
kata-kata Prof. E, Johan menepis kedua belah tangan Prof. E yang berada di
bahunya.
“Macam mana Prof
boleh fikir begitu? Ada seorang gadis sedang dalam bahaya, dan Prof boleh
menarik nafas lega?”
Prof. E masih
tersenyum.
“Kau jangan salah
sangka. Kau juga pernah kata kau percaya apa yang berlaku pada zaman kau adalah
kesinambungan kepada apa yang berlaku pada zaman aku ini. Jadi, lambat laun
Intan akan selamat. Dia akan diselamatkan.”
Muka Johan
berubah. Dahinya tegang. Keningnya meruncing ke bawah. Nafasnya laju. Dia jelas
kelihatan marah.
“Saya juga
percaya, segala yang berlaku ada hikmahnya. Ada sebabnya tersendiri.”
Johan menggenggam
kemas penumbuk tangan kanannya.
“Mungkin sebab
kenapa saya dihantar ke zaman ini, bertemu dengan Prof, bertemu dengan Hani dan
keluarganya, adalah untuk ini. Untuk peristiwa ini. Saya diperlukan untuk menyelamatkan
Hani dan keluarganya.”
Johan menampakkan
muka yakin dan serius.
“Kalau bukan sebab ini, Prof rasa sebab apa?”
Prof. E terdiam
seribu bahasa.
“Mari kita
berbincang di dalam rumah.”
Di ruang tamu, Prof. E dan Johan duduk bertentangan. Riak muka
Johan jelas runsing dan cemas. Dia menunduk seolah-olah marah dan terus menyalahkan
diri sendiri kerana tidak mengingati peristiwa penting yang berlaku kepada
Hani. Prof. E hanya melihat gelagat Johan itu.
“Jadi, pada zaman
kau, Intan pernah bercerita tentang pengalaman dia kena culik?” Prof. E cuba
menenangkan Johan dengan soalan. Johan mengangkat kepalanya menatap wajah Prof.
E.
“Dalam satu
rancangan temubual TV, dia pernah cerita tentang hal penculikan ini. Cerita dia
mendapat liputan luas dan dikatakan antara sebab utama dia meneruskan cita-cita
menjadi ikon orang ramai.”
“Kau ada tonton rancangan
TV tu sepenuhnya?”
Johan memandang
kosong ke siling ruang tamu memikirkan sesuatu.
“Saya pada masa
itu belum pun menjadi pelajar medic,
jadi saya habiskan masa duduk menonton TV di rumah. Ya, saya yakin saya tonton
rancangan itu sepenuhnya. Tapi saya terlupa, saya sepatutnya ingat tentang hal
ini.”
“Kalau kau nak
tolong Intan, aku boleh tolong kau.” Prof. E berkata dengan senyuman.
Lama Johan
memandang wajah Prof. Prof. E kelihatan sungguh yakin dengan apa yang
diperkatakannya.
“Macam mana? Saya
tak ingat isi peristiwa penculikan ini sampai terlalu terperinci.”
“Begini...” Prof.
E menganjakkan badannya ke hadapan, ingin memberi penerangan.
“Otak manusia sangat
menakjubkan. Dia mempunyai potensi untuk mengingati semua yang pernah dialami,
dibaca, didengar dan dilihat oleh pemiliknya. Masalahnya, kita manusia
selalunya gagal nak cungkil keluar ingatan tersebut. Tapi, yang pasti, ingatan
tersebut memang ada tersimpan kemas di suatu tempat di dalam otak kita.”
Johan membeliakkan
mata.
“Saya pernah
belajar tentang ini. Kita masih mencari cara bagaimana nak mengoptimumkan
penggunaan memori.”
Prof. E bangun
berdiri dari tempat duduknya dan menuju ke tingkap berhampiran.
“Aku ada seorang kenalan
di universiti tempat aku mengajar. Dia professor yang mengajar biologi, tapi
dia lebih berminat dalam bidang eksperimental seperti ini.”
Johan juga berdiri
menghampiri Prof. E.
“Dia ada cara nak
membangkitkan memori?”
“Kau boleh kata
begitu, walaupun aku tak pasti keberhasilannya.”
“Bagaimana?”
“Hipnosis.”
“Hipnosis? Tak
bahaya ke?”
“Bahaya atau
tidak, bergantung kepada si pelaku. Tapi ada perkara yang lebih membimbangkan
aku. Aku tak sarankan kau berjumpa dengan kenalan aku ni...”
“Apa dia?”
20 Mac 2004, jam 0716.
Professor Shah
sedang membaca surat khabar di beranda rumahnya. Kelihatan cawan putih berisi
kopi yang masih berasap terletak di meja bersebelahan dengan kerusi tempat
Prof. Shah duduk. Sayup di dalam rumah, kedengaran dendangan irama muzik klasik
barat, gesekan biola Musim Bunga ‘La Primavera’
hasil ciptaan komposer muzik klasik terkenal, Antonio Vivaldi. Sudah menjadi
rutin utama sarapan Prof. Shah di mana, sambil dia menikmati roti dan kopi,
alunan muzik klasik barat akan dimainkannya melalui pemain CD di ruang tamu.
Selesai membaca,
Prof. Shah meletakkan surat khabar ke tepi dan mencapai kopi di meja. Dia
tersenyum menikmati kopi yang dihirupnya. Sabtu yang indah. Paling tidak, tiada
hiruk pikuk pelajar yang membingitkan. Sabtu beginilah dia selalunya mengambil
peluang untuk memanjakan diri setelah berpenat lelah menunaikan tanggungjawab
mengajar di universiti. Menjadi ketua Jabatan Sains Biologi dan Kaji Hayat
adalah memenatkan. Kadang-kadang, tiada masa baginya untuk diri sendiri. Tidak
seperti sekarang.
Loceng pintu
berbunyi. Ada tetamu di awal pagi.
“Siapa? Siapa
berani ganggu aku di hari kebebasan ini?” keluh hati kecil Prof. Shah.
Dengan tidak rela,
Prof. Shah meletakkan cawan kopi dan bangun memperlahankan volume muzik di pemain CDnya sebelum menuju ke pintu. Diintainya
orang di luar melalui mata tinjau di pintu, tapi tidak dapat dipastikan siapa
di luar. Dia kemudian membuka pintu bagi mendapatkan kepastian.
“Hello, Shah.”
Prof. E menegur.
Prof. E dan Johan
kelihatan sedang berdiri di luar pintu. Prof. Shah sedikit keliru. Namun,
wajahnya bertukar menjadi marah. Terus dihempasnya pintu sehingga tertutup.
Prof. E
menghampiri pintu dan cuba memujuk.
“Shah. Aku datang
nak minta tolong ni...”
“PERGI!” Suara
Prof. Shah kuat menjerit dari dalam.
Johan kebingungan.
Kenapa Prof. Erman dengan Prof. Shah kelihatan saling membenci?
“Inilah masalah
yang aku bimbangkan. Kami memang tak sebulu
dari dulu lagi,” jelas Prof. E.

0 nota kaki:
Post a Comment