[1][2][3][4][5][6][7][8][9][10][11][12][13][14][15][16][17][18][19][20][21][22][23][24][25][26][27][28][29][30][31][32][33][34]

Aku Zul.
Entah mana
silapnya, aku kini sedang berlumuran darah, terbaring berseorangan di dalam
sebuah rumah tinggalan yang berada jauh ke dalam kawasan terpencil.
Ini kisahnya...
Kisah aku bermula
semasa aku kecil. Sewaktu aku berumur 12 tahun, sekumpulan murid lelaki
mengganggu seorang murid perempuan semasa dalam perjalanan pulang ke rumah
selepas waktu persekolahan. Kumpulan yang terdiri dari tiga budak lelaki itu
merampas buku yang dipegang, menarik beg yang digalas dan kemudian menolak
jatuh budak perempuan itu. Setelah puas mengejek, budak perempuan itu ditinggalkan
sendirian begitu sahaja, menangis dengan barang-barangnya bersepah di atas
tanah. Kejadian tipikal buli kanak-kanak.
Aku bukanlah salah
seorang dari kumpulan budak lelaki itu. Tetapi, aku menyaksikan kejadian itu berlaku
dari jauh.
Setelah kumpulan
budak lelaki itu hilang dari jarak pandangan, aku menghampiri budak perempuan
yang dibuli itu.
“Awak okey?” aku
bertanya.
Budak perempuan
itu tidak memandang aku, malah masih tidak berhenti menangis. Bagi
memperlihatkan niat aku baik untuk menolong, aku mengutip buku-buku dan beg
yang berselerak di keliling budak perempuan itu. Melihat tingkah laku aku
membantunya, budak perempuan itu berhenti menangis.
Selesai mengutip
buku-buku dan beg, aku hulurkan tangan kanan aku kepada budak itu. Dia
menyambut tangan aku. Kemudian, aku membantunya bangun berdiri.
“Awak okey?” aku
tanya sekali lagi.
Teresak-esak,
budak perempuan itu menjawab, “Okey.” Aku tersenyum. Paling kurang, dia memberi
respon positif.
“Biar saya teman
awak balik ke rumah, okey?” Budak perempuan itu mengangguk setuju.
Semasa dalam
perjalanan, aku perasan budak perempuan itu agak berjarak dengan aku. Jadi,
atas refleks, aku mencapai tangannya dan menarik dia agar rapat dengan aku.
Tindakan aku tiada penolakan. Aku tersenyum kepada dia. Dia senyum kembali pada
aku.
Aku perasan pipi
budak perempuan itu masih basah berbaki air mata. Sekali lagi, refleks, aku
menyapu air mata di pipi dia dengan ibu jari tangan aku. Dia tersenyum, malu.
Aku juga tersenyum.
Kemudian, aku
menjilat ibu jari aku yang basah dengan air mata.
“Jangan! Jangan!
Jangan!”
Itulah perkataan
yang dia ulang jerit berkali-kali ketika aku menarik dia masuk ke kawasan
ladang sunyi. Siapa suruh dia bodoh sangat, percayakan aku. Bila ditanya kepada
aku kenapa laluan untuk ke rumah dia berbeza dari jalan yang selalu dia ambil,
aku hanya jawab kata jalan itu pintas dan lebih singkat, dia terus angguk
percaya. Apa yang dia tidak sedar adalah aku sedang membawa dia menuju ke
sebuah pondok sunyi di ladang kelapa sawit, dan dia bakal menjadi mangsa pemuas
nafsu aku.
“Sakit! Sakit!
Sakit!”
Jeritan dia,
langsung aku tidak peduli. Mungkin pada dia nasibnya malang kerana bertemu dan
ditipu oleh aku. Padahal, pada aku, nasib aku amat bertuah kerana dikurnia
ruang dan peluang untuk memuaskan nafsu yang tidak mungkin akan aku lepaskan.
Selepas puas, aku
terus pergi tinggalkan budak perempuan itu di mana dia terdampar. Berpakaian
atau tidak, bernyawa atau tidak, aku tidak pernah peduli. Apa yang aku peduli
hanyalah kepuasan diri.
Ya. Itulah aku. Pada
usia 12, aku sudah hebat mencari peluang dan kesempatan untuk memuaskan nafsu.
Aku seorang oportunis yang miang.
Bukan itu sahaja track record aku. Pada usia 13 tahun,
aku sudah pandai mencuri motosikal jiran dan kemudian dijual kepada pasaran gelap.
Pada usia 15, aku menjadi penjaga premis perjudian. Aku sertai geng merompak
kedai pada usia 17 tahun. Namun, perjalanan hidup aku bukan selalunya lancar.
Pada usia 19 tahun, aku ditangkap dan dimasukan ke dalam penjara. Bukan sekali sahaja, tapi hingga kini sudah tiga
kali aku keluar masuk penjara.
Sampai sekarang,
aku paling suka bila bergiat dalam kegiatan perdagangan orang dan perlacuran.
Gadis muda dari luar yang hidup susah dan terdesak akan aku pujuk menjadi
barang lacuran. Untung-untung, aku dapat merasa dahulu mana-mana barang lacuran
yang masih ‘gadis’ sebelum dibawa ke pelanggan. Dari pelanggan kelas bawahan,
sehinggalah berpangkat V-VIP, semua aku pernah berurusan. Mudah. Mereka bayar,
mereka puas, aku senang.
Aku bukanlah jenis
yang suka bekerjasama dan bekerja dalam kumpulan, apatah lagi dengan orang yang
tidak aku kenali. Akan tetapi, tiga tahun lalu, kali pertama aku berurusan
dengan seorang lelaki kurus dan tinggi, dipanggil Galah. Aku kenal dia semasa berada di dalam penjara. Aku suka cara
Galah berkerja. Dia tahu apa yang dia mahu. Asalkan aku mampu beri apa yang dia
mahu, dia akan ikut segala arahan tanpa ingkar. Aku jadi selalu bekerja bersama-sama
Galah. Sedar tidak sedar, Galah menjadi orang kanan aku bila mana aku perlukan
tangan tambahan.
Pernah satu
ketika, penguatkuasaan polis menjadi begitu ketat sehinggakan susah untuk aku menjalankan
aktiviti seludup masuk pelacur dari luar. Dalam waktu aku buntu dan ketandusan
barang lacuran, Galah memperkenalkan Bawi
kepada aku.
Bawi seorang
lelaki yang berbadan besar. Kata Galah, Bawi ada cara mahu kekalkan bekalan
pelacur di saat-saat penguatkuasaan polis menjadi ketat. Setelah berjumpa
dengan Bawi, kami sebulat suara setuju dengan cadangannya iaitu menggunakan
gadis tempatan yang diculik dan dikurung. Bawi pakar dalam aktiviti penculikan
tempatan. Maka, kumpulan aku kini terdiri daripada tiga orang; aku, Galah dan
Bawi. Sehingga kini, kami sudah bersama hampir dua tahun.
Dalam masa dua
tahun ini, aku tiada masalah dengan Galah. Tapi, lain cerita dengan Bawi. Bawi
susah untuk dikawal. Dia selalu bertindak mengikut nafsu, lebih-lebih lagi bila
dia marah. Aku sentiasa memerhatikan Bawi. Aku dapat rasakan, suatu hari nanti,
dia bakal membawa masalah kepada aku.
Kumpulan kami
memang terkenal di kalangan kumpulan gelap dengan aktiviti penculikan.
Dijadikan cerita, suatu hari seorang kenalan memperkenalkan aku kepada seorang ahli
perniagaan yang kaya-raya dipanggil Encik Alex. Encik Alex mengupah kami untuk
mengugut musuh perniagaannya, Encik Ahmad dan keluarga. Biasanya kami tidak
buat kerja ugut mengugut seperti ini, tapi atas sebab bayaran yang lumayan,
kami turutkan.
Untung di hadapan
mata. Encik Ahmad mempunyai seorang anak gadis yang sesuai untuk dijadikan
barang lacuran. Serta merta, dari kerja mengugut bertukar menjadi kerja
penculikan. Kami menculik anak gadis Encik Ahmad dan mengurungnya di dalam
sebuah rumah tinggalan yang biasa kami guna.
Di rumah tinggalan
tempat anak gadis Encik Ahmad dikurung, aku bercadang untuk menjadi ‘pelanggan’
pertama kepada budak perempuan malang itu. Semasa aku sedang persiapan diri
dengan mandi, aku terdengar satu bunyi tembakan dari tingkat atas rumah.
“Apa yang berlaku?
Poliskah?”
Belum lagi selesai
mandi, aku mencapai tuala dan bergegas mahu keluar dari bilik mandi kerana
ingin tahu apa yang berlaku di luar. Aku cuba untuk membuka pintu bilik mandi,
tapi gagal, seperti ada sesuatu yang menyekat pintu dari luar. Aku menguatkan
tenaga untuk menolak pintu sekaligus menolak apa yang menyekat di luar, tetapi
masih tidak berkesan.
“Siapa yang bodoh
cuba nak kurung aku ni?” aku menjerit, kemarahan.
Kedengaran bunyi
tembakan kedua.
Dek kerana tiada
pilihan, aku terpaksa menggunakan kaki dengan menendang pintu sekuat mungkin.
Selepas tiga kali tendangan, pintu tertanggal dari engselnya. Laluan sudah
terbuka. Barang yang menyekat pintu dari dibuka adalah sebuah kerusi yang
disendal kuat.
“Keparat. Kerja
siapa ni?”
Aku terdengar
bunyi tembakan ketiga.
Dengan hanya
bertuala, aku bergegas dari belakang rumah ke ruang tengah. Kelihatan Galah
sedang terduduk memegang kepalanya dalam kesakitan. Aku bergegas ke arah Galah.
“Apa yang
terjadi?”
Galah yang tidak
bersuara, menunjukkan jarinya ke arah ruang depan. Aku menjenguk dan mendapati
berdirinya si Bawi tegak di muka pintu memandang ke kawasan hutan di luar. Di
tangan kanannya terdapat sepucuk pistol dengan muncung masih berasap.
“Apa dah jadi,
Bawi?”
Bawi memusingkan
kepalanya memandang aku.
“Budak perempuan
tu sudah terlepas.”
Aku terkejut.
“APA? Macam mana boleh terlepas?”
“Aku nak rasmi dia
dulu. Asyik kau je dapat.”
Refleks, aku
menampar kepala Bawi.
“BABI! Aku dah kata, biar aku dulu.
Lepas tu baru giliran korang. Ni apahal pula sampai nak guna pistol? Kau
nak bagi orang tahu kau ada dekat sini ke?
Budak perempuan sorang terlepas,
takkan korang dua orang tak mampu nak
tangkap?”
Bawi memandang aku
tajam.
“Ada sorang lelaki datang selamatkan dia. Dia
ketuk kepala dengan benda keras.” Galah datang mencelah dari belakang aku. Aku
masih tidak puas hati.
“Lepas tu, tiga
kali kau tembak tak kena jugak? Bangang sangat ke?”
Mungkin aku sudah
terlampau marah, sampaikan aku tidak sedar muncung pistol di tangan Bawi sedang
menyentuh perut aku yang tidak berlapikkan pakaian.
Satu das tembakan
lagi dilepaskan.
Aku rebah separuh
bogel di lantai. Kesedaran aku beransur hilang.
“Jom, Galah. Kita
buru budak-budak keparat tu dalam hutan!”
Ayat dari Bawi itu
adalah ayat terakhir yang aku dengar sebelum aku menghembus nafas yang
penghabisan.

0 nota kaki:
Post a Comment