[1][2][3][4][5][6][7][8][9][10][11][12][13][14][15][16][17][18][19][20][21][22][23][24][25][26][27][28][29][30][31][32][33][34][35][36][37][38][39]

“Ya, aku yakin.”
Wajah Galah tidak sepadan dengan kata-katanya.
“Kau betul-betul
yakin dia boleh diharap?” Zul bertanyakan lagi sekali, untuk kepastian.
“Aku tak pernah
berurusan dengan dia, tapi lelaki bernama Bawi ni memang terkenal dengan
kredibiliti dia dalam mencari stok gadis muda.”
Zul menggaru
kepalanya yang tidak gatal. Kata-kata dari Galah tadi langsung tidak
meyakinkan. Dia masih ragu-ragu untuk menerima Bawi masuk dalam kumpulan
mereka.
“Kalau bukan disebabkan
aku sudah ketandusan lubang, aku memang tak nak berurusan dengan si Bawi tu.”
Zul kemudian merenung wajah Galah seketika.
“Baiklah. Esok kau
bawa aku ke tempat Bawi.”
“Woi! Woi!
Bangun!”
Pipi Galah
ditampar perlahan berkali-kali. Mimpi? Tidur? Oh, pengsan. Galah dengan berat
membuka mata. Kesan hentakan di kepalanya masih berdenyut, sakit. Dia sudah
hilang kira, entah berapa banyak kali sudah dia dihentam di kepala sampai
pengsan hari ini. Dua kali? Tiga kali? Entah. Apa yang dia tahu, kalau perkara
ini berterusan, dia mungkin boleh mati akibat gegaran otak.
Galah membangunkan
diri sendiri bermula dengan bertongkatkan siku. Dia baru sedar, mereka berdua
masih di dalam hutan.
“Hari semakin
gelap. Bahaya duduk dalam hutan malam-malam. Silap-silap kita boleh dibaham
sang belang.” Bawi berdiri tegak di sebelah. Selepas berusaha untuk berdiri,
Galah baru sedar bahawa dia sudah tidak berkasut dan berpakaian. Hanya seluar
dalam ditinggalkan.
“Mana kasut dan
baju aku?” keluh Galah.
“Jangan banyak
bising. Budak keparat tu dah rampas semua barang kita termasuk pistol dan kasut
semasa kita dua-dua pengsan diserangnya. Kita kena keluar dari hutan ni
segera.” Dari jawapan itu, Galah menurunkan pandangannya kepada Bawi. Bawi juga
tidak berkasut. Agak melucukan apabila ternampak badan Bawi yang gendut dan
boroi tidak berpakaian.
“Budak lelaki tu
memang berani, pandai. Dengan berbuat begini, pergerakan kita akan lambat dan
dia boleh terus bergerak jauh dari kita.” Sambil menggenggam penumbuk, Bawi
berkumat-kamit menyumpah seranah buruannya yang terlepas.
“Budak, aku akan
pastikan otak kau dijadikan makanan anjing liar tepi jalan.”
Galah mengeluh
panjang. Dalam hatinya merungut, kenapalah dia boleh terlibat jauh dengan si
Bawi yang tak stabil ni.
Loceng pintu rumah
Prof. Shah berbunyi bertalu-talu.
Prof. Shah sedang
berada di bilik bacaan, duduk di atas kerusi yang selesa sambil membaca sebuah
buku tulisan Stephen Hawking bertajuk ‘A
Briefer History of Time’. Dia cuba mengabaikan bunyi yang datang dari pintu
rumahnya itu. Sangkanya, jika dibiarkan, segala gangguan yang tidak bermakna
akan berlalu begitu saja. Tapi dia salah. Bunyi loceng masih bertalu-talu,
malah diserikan lagi dengan hentaman ke pintu yang bertubi-tubi.
“Shah! Aku tahu
kau ada di dalam!”
Sayup suara itu
menyapa telinga Prof. Shah. Dia mengeluh panjang. Dia kenal pemilik suara itu.
Seseorang yang dibenci.
“Ah! Aku patut hire seorang maid.” Prof. Shah meletakkan cermin mata membacanya ke atas meja
bersebelahan dengan buku yang sedang dibacanya tadi. Dengan gerak badan malas
dia bangun, keluar dari bilik bacaan. “Seorang maid yang muda, cantik dan pakai French maid custome. Perghh!”
Prof. Shah menuju
ke pintu utama. Loceng masih berulang bunyi. Pintu masih dihentam berkali-kali.
“Which part of ‘aku tak nak masuk campur’
yang kau tak faham?” Itu adalah ayat pertama yang keluar dari mulut Prof. Shah
selepas membuka pintu. Kelihatan Prof. Erman berdiri dengan dahi berkerut
seribu.
“Aku perlukan
bantuan kau, Shah.”
Prof. Shah terdiam
berdiri memegang pintu. Ini kali pertama dia melihat Erman yang dibencinya
selama ini berwajah sebegitu. Risau, penat, berharapan, tiga ekspresi itu
bercampur baur untuk membentuk wajah Prof. E sekarang. Pastinya, bantuan yang
diperlukan Prof. E adalah penting. Jika tidak, masakan Prof. E sanggup datang
seorang diri merayu bantuan dari seorang insan yang diketahui membenci dirinya
sepenuh hati.
“Mana Johan?”
“APA? KAU
TINGGALKAN DIA DIKEJAR PENJAHAT DI DALAM HUTAN?”
Prof. Shah
menghempas belakangnya ke sofa. Kisah yang diceritakan Prof. E di ruang tamu
itu terlalu hebat untuk dibayangkan. Bagaikan filem. Tapi, apa yang lebih
membeliakkan matanya adalah tindakan Prof. E meninggalkan Johan dan Intan
berlari menyelamatkan diri di dalam hutan sambil dikejar si penculik
bersenjata.
Prof. E hanya
menunduk.
“Aku tiada kuasa.
Tiada daya. Apa yang aku boleh buat adalah serahkan tugas menyelamat kepada
polis.” Prof. E menjawab perlahan.
“Apa jadi kalau
polis terlambat? Bila mereka dapat kejar, Johan dan Intan sudah menjadi mayat?”
Tinggi nada Prof. Shah berdebat.
“Habis, kau mahu
aku buat apa?”
Persoalan Prof. E
tadi tidak terjawab. Prof. Shah sedar, tiada apa yang mampu terbuat oleh Prof.
E lagi melainkan apa yang telah dibuatnya. Dua penjahat bersenjata mengejar dua
anak muda. Jika ada masuk seorang tua yang tidak berkemahiran ke dalam cerita,
maka akan menyusahkan banyak pihak. Polis adalah pilihan terbaik yang ada.
Prof. Shah
menghembus nafas panjang. “Kalau aku pun, aku mungkin akan buat perkara yang
sama.”
Serentak, kepala
Prof. E terangkat. Mendengar Prof. Shah bersetuju dengan tindakannya, dia
sedikit lega. Matanya bertentang tepat dengan mata Prof. Shah.
“Tapi aku rasa
sebab utama kau datang sini bukan untuk bercerita dengan aku hal itu saja,
kan?” Ayat Prof. Shah itu tepat merumuskan segalanya yang terbuku dalam benak
fikiran Prof. E.
“Begini...” Prof.
E memulakan bicara.
“...walaupun aku
sudah berpuluh tahun mengkaji fenomena merentas masa, tapi semua hasil kajian
aku hanyalah teori. Teori semata-mata.”
Prof. Shah
tersenyum sinis.
“Niat aku...Bukan,
janji aku pada Johan adalah untuk menghantar dia balik ke zaman dia, lapan
tahun akan datang pada masa fenomena kilat Thor yang seterusnya.”
“Bila?” Prof. Shah
potong tanya.
“22 haribulan,
malam 23.”
Prof. Shah
mengangguk. Prof. E menyambung bicara.
“Macam aku
cakapkan, aku hanya ada teori. Tapi aku tahu, kau ada sesuatu yang lebih dari
sekadar teori.”
Prof. Shah ketawa
kecil.
“Aku tahu.
Walaupun kau adalah professor dalam bidang sains hayat, tapi disebabkan kau
begitu bencikan aku, kau berazam nak jatuhkan aku, maka kau juga ada jalankan
kajian tentang fenomena merentas masa, kan?”
Ketawa Prof. Shah
semakin berdekah kuat. “Apa yang kau mahu, Erman?”
“Aku mahu lihat
fail sulit kau yang dipanggil Fail J.”

0 nota kaki:
Post a Comment