[1][2][3][4][5][6][7][8][9][10][11][12][13][14][15][16][17][18][19][20][21][22][23][24][25][26][27][28][29][30][31][32][33][34][35][36][37][38][39][40]

Adalah menjadi
impian setiap ahli fizik teori (theoritical
physicist)untuk membuktikan kesahihan teori yang mereka cadangkan melalui
eksperimen, bukan sekadar formula matematik, model abstrak dan rumusan dari
teori ahli fizik terdahulu yang lebih berunsurkan hipotetikal. Namun,
hakikatnya kebanyakan teori tersebut terlalu susah untuk dibuktikan melalui
eksperimen kerana mungkin wujudnya faktor yang tidak mampu dikawal,
pembolehubah yang terlalu besar dan tiada kewujudan fizikal, ataupun sekadar teori
tersebut yang terlalu tidak masuk dek akal.
Fenomena merentas
masa adalah antara perkara yang dilabel tidak masuk dek akal. Salah satu
sebabnya adalah tiada bukti sahih bahawa fenomena itu boleh berlaku, pernah
berlaku dan akan berlaku. Tiada teori yang dibentangkan oleh para ahli fizik
yang menyatakan bahawa merentas masa adalah sesuatu yang tidak mustahil. Tiada
teori kukuh adalah disebabkan oleh para ahli fizik yang masih tidak dapat
mengenalpasti pembolehubah yang
benar-benar terlibat dalam fenomena tersebut.
Jadi, bagi
kebanyakan manusia, merentas masa adalah mustahil.
Namun,
kemustahilan adalah sesuatu yang digemari para ahli fizik teori. Kerana
mencabar kemustahilan adalah sesuatu yang dipandang besar dan dihormati jika
berjaya. Jika tidak berjaya, bukan sahaja masa sia-sia dihabiskan, malah
berisiko dilabel ‘tidak siuman’.
Dibiarkan seketika
Prof. Shah memanjangkan ketawanya.
“Kalau kita boleh
berkongsi data kajian, dan berkongsi isi yang terkandung dalam Fail J itu, aku
mungkin boleh hantar Johan balik ke masa hadapan pada waktu kilat Thor yang
seterusnya. ”
Prof. Shah masih
ketawa. Dia seolah-olah mengabaikan kata-kata Prof. Erman tadi.
“Fail J?”
“Ya, Fail J.”
Prof. E menjawab ringkas. Prof. Shah di hadapannya masih belum habis berdekah.
Apa yang kelakar? Aku tak buat lawak? Aku sedang membongkar
kajian sulit dia yang selama ini dia rahsikan dari semua orang. Reaksi yang
sepatutnya dia beri adalah terkejut, sebab aku tahu akan rahsianya. Bukannya
ketawa.
“Kenapa kau
ketawa, Shah?” Mendatar nada suara Prof. E.
“Ha...ha...ha...”
Prof. Shah menghabiskan sisa ketawanya sebelum menyambung kata.
“Kau mesti tak
sangka reaksi aku begini, kan? Kau mesti anggap aku akan terkejut bila kau
sebut tentang Fail J dan kajian sulit aku, kan?” Walaupun kata-kata Prof. Shah
itu benar, tapi Prof. E tidak memberi sebarang reaksi.
“Hanya dua orang
selain aku yang tahu tentang Fail J. Pertama ialah pemilik asal Fail J sendiri,
merangkap lecturer aku masa di
universiti dahulu. Kedua, ialah bekas tunang aku, merangkap isteri kau yang kau tinggalkan selepas kau rampas dia
dari aku.” Prof. Shah tepat memandang mata Prof. E.
“Kau tak pernah
kenal lecturer aku, lagipun dia dah lama meninggal dunia. Jadi, aku teka, kau
dapat tahu tentang Fail J melalui isteri kau dulu, kan?”
Tepat telahan
Prof. Shah. Namun, Prof. E masih berdiam diri tiada jawapan.
“Kau nak tahu?
Semasa dia putuskan pertunangan kami dan memberitahu mahu mengikut kau, aku
kecewa. Aku fikir, apa kelebihan kau sampai dia sanggup tinggalkan aku dan
pilih kau? Kau professor, aku professor. Kau berharta, tapi aku lebih kaya.
Malah, kalau nak ikutkan paras rupa, helaian rambut kau di atas kepala yang
boleh dibilang itu membuktikan kehebatan berada di pihak aku.”
Prof. Shah bangun
dari tempat duduknya dan bergerak ke tingkap, menjenguk pemandangan luar. Prof.
E masih membatu di sofa.
“Kau rampas tunang
aku. Disebabkan itu, aku benci kau. Aku berniat nak jatuhkan kau. Bertahun-tahun
selidik setiap apa yang kau buat. Aku siasat setiap kajian kau, setiap laporan
kau. Tanpa aku sedar, aku jadi obses dengan kau, hanya sebab kau merampas
satu-satunya insan yang aku sayang.”
Prof. E menunduk
kepalanya.
“Ketika itu, aku
dapat tahu kau sedang mengkaji fenomena merentas masa, time travelling, sesuatu yang dilabel orang ramai termasuk para
ilmuwan sebagai ridiculous. Jadi, aku
buat keputusan, aku nak sabotaj kajian kau. Aku mahu kajian kau dilihat sebagai
sesuatu yang sia-sia. Aku nak malukan kau sehingga kau tiada tempat di atas
dunia untuk menyorok...”
Prof. Shah kemudian
berpusing menghadap Prof. E.
“...tapi sehinggalah
aku jumpa Fail J.”
Prof. E mengangkat
muka, memandang wajah Prof. Shah.
“Aku diberitahu,
isi dalam Fail J adalah kunci kepada misteri merentas masa. Dari Fail J, aku
dapati kajian kau berada di landasan yang betul. Setiap kajian kau sama seperti
yang tercatat di dalam Fail J. Sooner or
later, kau mungkin akan menjadi orang pertama yang mampu merungkai misteri time travelling.” Prof. Shah memicit
pangkal hidung antara dua matanya.
“Aku jadi panik. The fact that you are on the right track
sangat menakutkan aku. Jadi, aku beritahu tentang Fail J kepada isteri kau, dan
memberitahu dia bahawa akulah orang yang paling hampir merungkai misteri itu. Aku
suruh dia pulang ke pangkuan aku kerana aku sudah lebih berjaya dari kau. Kau
tahu apa yang dia kata pada aku?”
Prof. E geleng
kepala.
“Dia kata, kalau itu kunci kepada segala misteri, aku
harap kau hapuskannya dari muka bumi ini.”
Prof. E bermuka
terkejut.
“Jelas kekecewaan
di raut wajah dia. Jelas dia tak bahagia bersama kau. Walaupun begitu, dia
tetap tidak mahu ikut aku dan meninggalkan kau. Aku kenal perangai dia, dia
bukan seorang yang berahsia. Maka, dia surely
akan beritahu kau tentang Fail J. Itu membuatkan aku lebih membenci kau.”
Prof. Shah
menggeleng kepala.
“Hasil kebencian
yang membuak-buak, aku sebarkan khabar angin bahawa aku sendiri ada jalankan kajian
sulit dan rahsia mengenai fenomena merentas masa. Kononnya aku sendiri ada
hasil kajian aku mengenai time travelling,
malah kononnya hasil kajian akulah yang paling hampir dengan kejayaan. Semuanya
hanya untuk menarik perhatian kau. Semuanya adalah untuk hari ini, hari di mana
kau datang merayu meminta bantuan dan pertolongan aku dan menyebut tentang Fail
J...”
“Jadi, semua itu
merupakan khabar angin semata-mata?” Prof. E membuka mulut.
“Ya, tentang
kajian sulit dan rahsia fenomena merentas masa, itu semua khabar angin. Aku
langsung tak berminat nak kaji fenomena tu. Tiada data untuk dikongsi. Tiada
kajian untuk diberi.” Prof. E memejam mata menahan kekecewaan. Prof. Shah
kembali ketawa besar.
“Aku patut rakam
pujuk rayu kau tadi yang nakkan kita berkongsi data kajian. Puas hati aku. Hahaha!”
“Tapi, Fail J?”
Ketawa Prof. Shah
terhenti, terbantut. Suasana ruang tamu menjadi sunyi, tiada suara buat
seketika.
“Adakah Fail J
wujud?”
Riak wajah Prof.
Shah berubah.
“Ya, Fail J memang
wujud. Isi kandungannya memang mengenai merentas masa. Lecturer aku yang menulisnya itu sangat rapat dengan aku. Kami
seperti keluarga. Aku jumpa Fail J semasa mengemas rak pejabat dia beberapa
minggu selepas dia meninggal.”
“Adakah kau masih
memiliki Fail J?”
“Sudah tentu.”
“Boleh aku tengok
Fail J tu?”
Prof. Shah senyum berhelah.
“Boleh. Tapi dengan syarat.”

0 nota kaki:
Post a Comment