[1][2][3][4][5][6][7][8][9][10][11][12][13][14][15][16][17][18][19][20][21][22][23][24][25][26][27][28][29][30][31][32][33][34][35][36]

“Aku sudah lakukan
yang terbaik. Harap ianya memadai.”
Perlahan langkah
Prof. Erman menuju ke keretanya. Dia sudah keluar dari kawasan hutan yang
ditempuhinya sebelum ini bersama Johan. Cuma kali ini, dia berseorangan. Dibukanya
pintu kereta dan dengan longlai kepenatan dia duduk di atas tempat duduk
pemandu. Dengan tangan kedua-duanya di stereng, Prof. E menekupkan mukanya. Dia
kelihatan letih. Letih fizikal, letih mental.
“Semoga kau
selamat, Johan. Intan juga.”
Apa akan jadi jika Johan gagal pulang ke masa hadapan? Apa
akan jadi kalau Intan tidak terselamat? Apa akan jadi pada masa hadapan? Segala persoalan itu terlalu penat untuk difikirakn
prof. E sekarang. Prioritinya adalah keselamatan Johan dan Intan.
Sementara itu, di
rumah tinggalan tempat Intan pernah disembunyikan, kelihatan sebuah kereta
pacuan empat roda milik pasukan gempur polis baru sampai dan menyertai lagi dua
kereta yang sama di laman rumah tersebut. Kelihatan baru keluar dari kereta baru
sampai itu adalah pegawai polis berpangkat inspektor yang sebelum ini pernah berada
di rumah Encik Ahmad untuk siasatan kes penculikan Intan. Dia kemudian
didatangi oleh dua orang bawahannya, seorang koroner bahagian forensik dan
seorang pegawai berpangkat sarjan.
“Inspektor Bakar.”
Kedua-dua pegawai
tadi memberi tabik hormat kepada pegawai atasannya. Inspektor Bakar membalas
hormat tersebut dan mengangguk tanda kebenaran meneruskan taklimat.
“Paling kurang,
mungkin ada tiga das tembakan dilepaskan dalam rumah ini, tuan. Ada satu mayat dijumpai
di dalam. Mangsa dalam keadaan hanya bertuala mati akibat tembakan point-blank di perut,” lapor pegawai koroner
itu.
“Hmm...point-blank? Dapat kenalpasti siapa
mangsa?” si tuan bertanya.
“Dari proses pengecaman
awal, dia mungkin adalah penjenayah dikehendaki bahagian penculikan dan
pemerdagangan orang yang dikenali sebagai Zul. Dia berkemungkinan mati akibat
perselisihan faham dengan temannya,” lapor sarjan pula.
“Mangsa teman sendiri?”
Inspektor Bakar tersenyum sedikit di hujung bibir.
“Menurut rekod kita,
tuan, mangsa dikatakan di dalam satu kumpulan dengan dua lagi penjenayah
dikehendaki, dipanggil Galah dan Bawi. Mereka giat menculik remaja tempatan
bagi tujuan pelacuran di dalam dan luar negara, tuan.”
Inspektor Bakar
diam seketika. Mukanya menjadi resah.
“Nampaknya, kita
bukan sahaja berhadapan dengan penculikan biasa. Ini satu sindiket, kes ini
berprofil tinggi.”
Mereka bertiga
kemudian didatangi oleh seorang lagi pegawai polis yang muncul dari dalam
rumah.
“Tuan, kami ada
jumpa bukti tinggalan berhampiran mangsa.”
Pegawai itu
menghulurkan sebuah telefon bimbit. Selepas memakai sarung tangan getah, Inspektor
Bakar mengambil dan membelek-belek telefon bimbit itu.
“Ini telefon
bimbit lupus. Ianya tidak didaftarkan. Adakah ianya milik mangsa?” soal
Inspektor Bakar.
“Kami masih belum
pasti. Kemungkinan besar bukan kerana mangsa dalam keadaan tidak berpakaian.
Semua pakaiannya ditinggalkan di dapur. Telefon milik mangsa juga ada dalam
poket seluarnya yang ditinggalkan.”
“Telefon ini?”
“Telefon ini
dijumpai di sebelah mayat mangsa.”
Inspektor Bakar
menekan beberapa punat berkali-kali. Dia dibawa ke satu rakaman video yang
sengaja ditinggalkan di muka depan paparan. Inspektor Bakar memainkan video
tersebut. Bersama-sama tiga pegawai yang lain, video itu dipertontonkan.
Itu adalah video
yang dirakam Prof. E sebentar tadi. Walaupun dirakam dari jauh, tapi segala
aksi dan kelibat dapat jelas dilihat kerana semuanya berlaku berdekatan
tingkap. Video selama 1 minit 33 saat itu bermula dari bunyi tembakan pertama
yang dilepaskan, diikuti dengan tembakan kedua, tembakan ketiga, aksi Johan dan
Intan berlari keluar dari rumah dan ke arah hutan, Zul datang memarahi Bawi dan
Galah, dan tembakan keempat di perut yang merampas nyawa Zul, seterusnya babak
Bawi dan Galah beransur meninggalkan rumah itu menuju ke arah hutan tempat
Johan dan Intan berlari.
Inspektor Bakar
dan tiga lagi pegawainya tergamam selepas selesai menonton video tersebut.
“Jelas, mangsa
dibunuh kawan sendiri. Malah, salah satu dari dua orang yang berlari ke dalam hutan
pada awal video adalah anak perempuan Encik Ahmad, mangsa culik yang dilaporkan
awal pagi ini. Semuanya sama seperti apa yang terkandung di dalam panggilan
kepada polis sebentar tadi.”
Inspektor Bakar
menarik nafas panjang sebelum memberi arahan.
“Sarjan, hubungi
unit K9 dan anjing pengesan segera, kita akan mencari mangsa culik dan memburu
dua lagi penjenayah yang sedang mengejar mereka.”
“BAIK, TUAN!”
“Semoga kamu
berdua selamat.”
Tindakan Prof. E meninggalkan
telefon bimbit berhampiran mayat Zul adalah tepat. Telefon bimbit terpakai yang
terkandung rakaman video penting itu tidak didaftarkan adalah kerana Prof. E
hanya perlu membuat panggilan kepada nombor polis. Sebarang nombor kecemasan
adalah percuma dan tiada caj. Dengan kata lain, jika telefon itu ditemui pihak
polis, ianya tidak boleh dikesan mempunyai kaitan dengan Prof. E. Itulah rancangan
dan niat sebenar Prof. E. Dia tidak mahu dirinya dan Johan terkait dengan kes
polis. Dia hanya mahu selamatkan Intan tanpa siapa tahu. Malangnya, segalanya
tidak mengikut perancangan awal. Johan dan Intan kini berada dalam bahaya.
“Kau patut dengar
nasihat aku, Johan.”
Di dalam hutan, Bawi
yang mengepalai Galah dengan cermat melangkah ke ke depan. Sekali sekala
langkah Bawi terhenti sambil memerhati lantai hutan. Ada ketika Bawi berhenti
dan meneliti dahan pokok rendah yang terpatah.
Bawi mungkin
kelihatan besar, rakus dan tidak boleh diharap. Tapi, jika ada satu perkara
yang boleh Bawi banggakan, itu adalah
kemahirannya dalam memburu dan mengesan di dalam hutan. Kemahiran itulah yang
membuatkannya berjaya lari daripada ditangkap polis walaupun dirinya berada
dalam senarai dikehendaki akibat dari kegiatan penculikan dan pemerdagangan orang.
“Bawi, betul ke jalan yang kita lalu ni?” Galah
meragui kemahiran Bawi.
“Kau jangan risau,
Galah. Budak-budak mentah tu tak sedar betapa jelasnya jejak langkah yang
mereka tinggalkan. Mereka boleh terus lari, tapi mereka tak boleh bersembunyi.
Lagipun, budak perempuan bernama Intan itu tak berkasut. Berapa jauh mereka boleh
pergi tanpa kasut dalam hutan macam ni.”
Bawi kelihatan
yakin dengan langkahnya menjejak Johan dan Intan. Galah cuma ikut dari
belakang. Tiba-tiba, ada titisan air jatuh dari atas dan mengenai pipi Bawi.
Bawi menyapu pipinya, kemudian dilihat ke tapak tangan, seterusnya mendongak
kepala memandang ke atas.
“Hujan?”
Inspektor Bakar yang
sedang bersiap untuk memasuki hutan turut memandang ke langit.
“Hujan akan turun?”
Beberapa titisan
air menghentam cermin depan kereta Prof. E, membuatkan Prof. E mendongak
melihat langit.
“Hujan.”

0 nota kaki:
Post a Comment