[1][2][3][4][5][6][7][8][9][10][11][12][13][14][15][16][17][18][19][20]
[21][22][23][24][25][26][27][28][29][30][31][32][33][34][35][36][37][38][39][40]
[41][42][43][44][45][46][47][48][49][50][51][52][53][54][55][56][57][58][59][60]

“Adalah lebih baik
untuk kita tidak terlibat dengan keluarga Encik Ahmad buat seketika.
Terutamanya dengan Intan,” kata Prof. E kepada Prof. Shah yang sedang memerhati
keluarga Encik Ahmad dari satu sudut gelap.
“Maksud kau?”
“Aku nak pindah.
Aku tak mahu duduk sini lagi. Aku nak mulakan hidup baru.”
Prof. Shah
tersenyum mendengar kata-kata kawannya itu. Pada Prof. Shah, baguslah jika
Prof. E mahu mulakan hidup baru. Prof. E memang boleh dikategorikan sebagai
sesat dalam kehidupannya sebelum ini. Dengan memulakan hidup baru, mungkin
segala-galanya akan menjadi semakin baik.
Mereka berdua
bersama-sama bergerak semula ke bilik loteng tingkat atas.
“Erman, aku ada dua
persoalan,” mula Prof. Shah.
“Pertama, kenapa
kau secara tiba-tiba sanggup melepaskan projek yang kau kaji selama
berpuluh-puluh tahun ni? Kau tak sayang dengan titik peluh usaha kau sendiri?
Bukankah semua yang berlaku ini membuktikan hasil usaha kau selama ini bukan
sia-sia? Bukankah semua ini boleh jadi breakthrough
dalam karier kau sebagai saintis?”
Prof. E merenung
wajah kawannya itu sambil tersenyum.
“Soalan kedua?”
“Oh, kedua. Aku
dapat rasa seperti kau sembunyikan sesuatu tentang Johan dan semua kejadian
merentas masa ni. Apakah dia? Beritahu aku sepenuhnya.”
Sambil tersenyum,
Prof. E menuju ke meja kerjanya. Dia mengambil sesuatu dari timbunan kertas.
Sebuah fail. Prof. E kemudian menghulurkan fail itu kepada Prof. Shah.
“Jawapan untuk
kedua-dua persoalan kau itu terdapat di dalam fail itu. Fail yang kau simpan
selama ini.”
Prof. Shah
membelek-belek helaian kertas di dalam fail itu. Itu fail yang sangat tidak
asing baginya. Itu Fail J.
“INI FAIL J!”
“Ya, FAIL J.”
“Berkali-kali aku
baca fail ini, walaupun isinya sama seperti kajian kau, tapi tiada apa yang
baru dan tidak diketahui aku.”
“Cuba kau
ceritakan kembali secara ringkas apa yang kau baca dari Fail J itu.”
“Baiklah...” Prof.
Shah menarik nafas panjang sebelum memulakan cerita.
“Suatu hari,
profesor aku didatangi seorang lelaki awal 20-an claim dirinya datang dari masa depan. Skeptik seperti orang lain,
profesor aku itu tidak mahu melayan lelaki tersebut dan menganggap lelaki itu
cuma mahu perhatian dengan mereka cerita palsu. Lelaki tersebut kemudian ingin membuktikan
kepada profesor aku dengan meramal apa yang bakal berlaku dalam tahun itu. Selepas
beberapa bulan, ramalan lelaki itu mengenai keputusan pilihanraya, kemalangan
besar dan kematian beberapa orang penting dunia benar-benar berlaku. Profesor
aku kembali mencari lelaki itu. Dia kemudian memulakan sesi kajiannya mengenai
dakwaan lelaki itu mengenai dirinya datang dari masa depan.”
Prof. E
mengangguk.
“Kata lelaki itu, dia
datang dari lapan tahun ke depan. Suatu hari, semasa berjalan seorang diri pada
waktu malam di dalam sebuah kawasan pembinaan, dia disambar kilat. Selepas
dirinya sedar dari pengsan, dia dapati dirinya dalam keadaan berbogel di dalam
satu kawasan semak samun. Menyangka dirinya dirompak, dia ke balai polis untuk
membuat laporan. Di balai polis, dia dapati suasana menjadi berbeza. Selepas
diamati, rupanya tarikh sudah bertukar. Dia sedar dirinya berada pada lapan
tahun sebelum. Dia datang dari masa depan.”
Prof. E mengangguk
sambil tersenyum.
“Lelaki itu juga
dapati kewujudan dirinya satu lagi, lapan tahun lebih muda, membuatkan dirinya
berada dalam keadaan penuh masalah. Tiada pengenalan diri, tiada tempat tinggal
tetap dan tiada kenalan, dia kemudian mencari profesor aku yang mengkaji
fenomena tidak normal alam. Katanya, sebagai tukaran kepada maklumat yang dia
ada, dia mahu identiti baru dan tempat tinggal. Dia juga mahu diberikan modal
untuk memulakan perniagaan.”
“Jadi, apa
profesor kau buat?”
“Dia setuju.
Dengan kemampuan meramal lapan tahun ke hadapan, lelaki itu dan profesor aku
memulakan satu perniagaan berteraskan business
consultation. Dari situ, mereka berjaya memungut keuntungan yang besar.
Selepas lapan tahun, lelaki tersebut dan profesor aku buat keputusan untuk
bersara dari perniagaan mereka dan masing-masing membawa bersama kemewahan yang
besar. Profesor aku buka pusat kajian sendiri manakala lelaki itu berkahwin dan
menjalani kehidupan normal tanpa orang ramai mengetahu dia pernah merentas
masa.”
“Shah, kau skip
bahagian paling penting dalam fail.”
“Oh, tentang kisah
cinta lelaki itu? Hm, aku tak rasa cerita itu menarik. Lelaki itu seorang miskin
tanpa kelulusan tinggi cuba untuk memikat seorang pelajar universiti, tapi
sebelum dia sempat memulakan langkah, ada lelaki lain yang lebih berjaya
memikat hati perempuan idamannya. Cheesy.
Macam drama sangat.”
Prof. E tersenyum
lebar. “Kau rasa perkara itu tidak penting?”
“Ya.”
“Clearly kau tidak
baca fail itu betul-betul. Lelaki yang sedang kecewa itu sedang berjalan-jalan
pada waktu malam seorang diri semasa disambar kilat dan dibawa ke lapan tahun
sebelumnya. Apabila dia sedar dia berada pada lapan tahun sebelumnya, dia tanam
tekad mahu berjaya dan sekali lagi cuba memikat perempuan idamannya lapan tahun
kemudian.”
“Ya? So?”
“Lelaki yang
berjaya memikat gadis idamannya sebelum dia merentas itu ialah diri dia
sendiri. Diri dia yang sudah berjaya.”
Prof. Shah
membeliakkan matanya. “Ohhh...”
“Satu lagi perkara
penting kau skip,” kata Prof. E.
“Apa dia?”
“Siapa nama lelaki
itu?” tanya Prof. E.
Prof. Shah
membelek kembali fail di tangannya. “Jaafar. Jaafar bin Seman. Hence the file name, J-File.”
“For your information, Jaafar bin Seman IS Johan’s grandfather. Dia datuk
kepada Johan.”
Prof. Shah
terkejut.
“’Was’ actually. Dia meninggal beberapa
hari lepas,” sambung Prof. E.
Prof. Shah
mengambil fail Johan dan membelek isi di dalamnya.
“Dari awal kajian
lagi, aku dapat rasa ada satu variable
yang aku tak masukkan dalam pengiraan. Apabila aku dapat Fail J dari kau, aku
terus faham. Rupanya variable
tersebut ialah genetik.”
“Genetik? Maksud
kau?” tanya Prof. Shah.
“Genetik adalah
jawapan kenapa hanya Johan yang hilang ditelan kilat sebentar tadi walaupun
kita ada di sekeliling. Genetik juga jawapan kenapa yang diambil hanya Johan
tapi bukan pakaian dan peluru yang tertanam di dalam badannya.”
Wajah Prof. E
bertukar sayu.
“Hanya genetik
tertentu sahaja yang membolehkan seseorang layak merentas masa. Sebab itulah
kenapa mereka yang mengkaji fenomena merentas masa tidak pernah berjaya
merentas masa. Pendek kata, yang mahu merentas masa tidak layak merentas masa,
yang layak merentas masa tidak tahu tentangnya.”
Prof. E melabuhkan
punggungnya ke atas kerusi.
“Dari awal kajian
aku, aku berhasrat mahu merentas masa dan merasai sendiri pengalamannya. Aku
berusaha mengkajinya sehinggakan aku hilang keluarga yang aku sayang. Namun,
sejak keluarga aku tinggalkan aku, matlamat aku bertukar. Aku mahu merentas
masa ke masa sebelum keluarga aku pergi dan mengingatkan diri aku pada waktu
itu supaya hentikan semua ini. Aku mahu perbaiki masa silam aku. Aku mahukan
keluarga aku kembali.”
Prof. Shah juga
mencari kerusi untuk dirinya duduk.
“Tapi, selepas
jumpa Johan, aku dapati semuanya tidka penting lagi. Semua ini, semua kajian
ini, membuatkan aku hilang perkara yang lebih penting. Keluarga. Aku tidak
mungkin dapat ke masa silam untuk perbaiki segalanya. Apa yang aku mampu buat
hanyanya maju ke depan dan jadikan masa silam aku sebagai panduan dan pedoman.
Aku tiada pilihan untuk merentas masa. Aku tidak TERPILIH untuk merentas masa.”
Prof. Shah
memandang wajah pilu Prof. E. “Jadi kau buat keputusan untuk melepaskan semua
hasil kajian kau ini? Begitu?”
Prof. E tersenyum.
“Ya. Sudah tiada makna jika aku teruskannya.”
Prof. E berdiri
dan mengemas fail-fail dan kertas yang berselerak di atas mejanya.
“Tapi jangan
bimbing. Semua ini tidak sia-sia. Data-data kajian ini mungkin berguna satu
hari nanti.”
“Maksud kau?”
tanya Prof. Shah.
“Maksud aku, jika
akan datang berlaku sesuatu yang tidak diingini, sesuatu yang tidak menyebelahi
manusia, merentas masa mungkin menjadi salah satu alternatif untuk memulihkan
keadaan. Dengan syarat, Johan atau sesiapa yang memiliki genetik merentas masa
masih ada.”
Prof. Shah
tersenyum mendengar kata-kata Prof. E itu.
“Kau bercakap
seperti penerbit filem fiksyen.”
“Ya, memang
begitu. Jika berlaku sesuatu kepada dunia, Johan mungkin boleh menjadi
penyelamat.”

.
0 nota kaki:
Post a Comment