[1][2][3][4][5][6][7][8][9][10][11][12][13][14][15][16][17]

Untuk kedua kalinya, perasaan ingin tahu menakluk minda Intan.
“Ini
simbol apa?” Intan menggunakan jarinya menunjuk sesuatu di atas kertas.
“Itu dipanggil imaginary unit, i,” jawab
Johan.
“Imaginary unit?”
“i ialah punca kuasa dua negatif satu. i kuasa dua sama dengan negatif satu.”
“Aik?
Kenapa macam tu?”
“Imaginary number adalah nombor di mana kuasa
duanya adalah kurang dari kosong.”
“Tapi,
bukan ke semua nombor bila dikuasa-duakan akan jadi nombor positif?”
“Betul.
Tapi dalam beberapa kes soalan rumit, penggunaan nombor negatif sebagai hasil
kuasa dua adalah perlu. i tadi
merupakan unit dia. Sebagai contoh, -9 adalah hasil kuasa dua daripada 3i, di mana tiga kuasa dua ialah sembilan
dan i kuasa dua ialah -1. Jadi, (3i) kuasa dua ialah -9.”
Intan
menggarukan kepalanya. Serabut. Terlalu rumit baginya.
Mereka
berdua berada di rumah Prof. E, di meja ruang makan. Johan sedang menunaikan
janjinya dengan mengajar Intan subjek matematik. Bagi Intan, matematik memang
susah.
Walau
bagaimanapun, Intan tetap rasa bersyukur dan seronok dapat diajar oleh Johan.
Jika nak diharapkan cikgu matematiknya di sekolah, apa yang cikgu itu kejarkan
hanyalah mahu menghabiskan sukatan pengajaran yang ditetapkan sekolah. Sama ada
murid faham atau tidak, meraka tidak peduli. Tapi, bila keputusan peperiksaan
matematik menunjukkan gred rendah, habis satu kelas dimarahi. Habis tiga waktu
pembelajaran dipenuhi dengan syarahan dan bebelan.
Melihat
gelagat Intan yang kebingungan, Johan tersenyum. Dia perlu buat sesuatu untuk
menarik minat dan motivasi Intan semula.
“Sebut
pasal imaginary, ada seorang kawan
kat universiti selalu gelakkan saya dengan berkata saya ada imaginary girlfriend.” Perkataan ‘girlfriend’ menarik minat Intan.
Pandangan Intan terus ke arah Johan yang sedang bercerita.
“Saya
ada sukakan seorang artis ni. Pada mata orang lain, dia hanyalah artis biasa
yang bernasib baik mendapat populariti dan sedang dalam zaman kemuncaknya. Tapi
pada saya, dia lain...”
Johan
memandang kosong ke arah kertas di depannya, sedangkan fikirannya mengelamun
mengenangkan imaginary girlfriendnya. Intan masih tepat menatap Johan.
“Sebab
saya buat keputusan ingin menjadi doktor perubatan datang dari datuk saya. Kami
rapat sejak saya kecil lagi. Dia meninggal di masa saya tiada di sisi. Dia
selalu berharap saya dapat jadi doktor, menolong orang tanpa ada sebarang
rungutan.”
Johan
senyum seketika.
“Tapi,
menjadi pelajar perubatan bukannya senang. Tekanan sana sini. Penat sana sini.
Saya hampir putus asa.”
Mimik
muka Intan berubah.
“Suatu
hari, saya menonton satu rancangan bual bicara bersama artis di TV. Tetamunya
seorang artis perempuan ni. Dalam temubualnya, dia kedengaran begitu yakin
dengan satu prinsipnya.”
“Apa
prinsipnya?” Intan mencelah.
“Manusia perlu terus ke
depan. Masa silam dijadikan pedoman supaya kita pada masa kini tidak mengulangi
kesilapan. Hasilnya, masa depan kita akan lebih terjamin. Itulah sebiji-sebiji
kata-kata yang dia pegang sebagai prinsip.” Johan menukar pandangan matanya ke
atas syiling rumah.
Intan bermuka kagum. Dia mendengar satu persatu apa yang Johan perkatakan.
“Apa yang menarik perhatian ialah, semasa artis itu ucapkan kata-kata itu,
dia kelihatan begitu percayakannya. Dari sinar mata dia, dia yakin tiada yang
cela dalam kata-katanya. Matanya bersinar.” Johan mengalih pandangan tepat ke
arah mata Intan. “Ya, itulah mata yang aku perkatakan,” kata Johan dalam hati.
“Sejak dari itu, walau betapa susahnya hidup, susahnya pembelajaran, saya
tak akan merungut kerana ini adalah jalan yang saya pilih. Apa yang saya boleh
buat adalah maju ke depan. Dan dengan maju ke depan, saya maksudkan adalah maju
ke depan dengan bersungguh-sungguh...”
Intan hilang senyuman.
“...dan sejak dari itu, saya manjadi peminat setia artis tersebut,
sampaikan kawan mengejek saya berangan nak bertemankan artis, imaginary girlfriend.”
Intan menunduk.
“Tak sangka seorang artis boleh memberi kata-kata rangsangan yang cukup
berkesan kepada peminat.”
Johan mengangkat keningnya, tidak tersangka perkataan itu muncul dari mulut
‘bakal artis’.
“Ayah selalu labelkan artis sebagai insan yang hanya tahu mencari
populariti. Ayah kata, kalau nak berjaya dalam hidup dan menjadi seorang yang
dikagumi, jangan jadi artis. Artis hanyalah kelompok orang yang hanya tahu
berhibur.”
Johan terkejut dengan kenyataan itu.
Lain. Intan di depan matanya ini, personalitinya sangat berbeza dari yang
dia kenali lapan tahun akan datang. Johan tak sangka, lapan tahun mampu
mengubah manusia sebegitu sekali.
“Yusran?”
Fikiran Johan kembali ke jasad.
“Boleh Intan tahu siapa nama arits tu? Nak jugalah jadikan dia sebagai
artis kegemaran.”
Alamak.
Johan terkaku seketika. Di otaknya, dia cuba mencari cara untuk mengelak
soalan itu.
“Intan? Siapa artis kegemaran Intan?” Percubaan Johan mengelak menjawab
soalan.
“Intan tak ada. Tiada satu pun yang betul-betul Intan minat.”
“Intan minat yang macam mana?” Percubaan Johan semakin menjadi.
“Hm...Intan lebih suka yang versatil. Boleh berlakon, menyanyi, jadi model,
dan dalam masa yang sama, berakhlak baik.”
Johan tersenyum. Semua yang disebut Intan itu ada padanya lapan tahun
kemudian.
“Ibu Intan juga seorang model masa zaman mudanya. Pernah dia tunjuk video
rakamannya semasa menjadi model. Intan suka. Ibu sangat cantik. Intan nak jadi
macam ibu.”
Suasana ruang meja makan terdiam seketika. Johan sedar, Intan seperti mahu bercakap
tentang sesuatu.
“Sebenarnya...” Intan membuka bicara.
“...abang kepada seorang kawan Intan ada offer Intan nak jadi model untuk
satu majalah fesyen remaja terkenal ni...”
“Remaja Kini?” Johan spontan. Intan membeliakkan matanya, terkejut.
“Macam mana Yusran tahu?”
Johan silap langkah lagi. Dia terlalu spontan. Mungkin sebab terlalu
teruja.
“Teka. Remaja Kini kan majalah fesyen remaja terkenal sekarang.” Penjelasan
Johan membuatkan Intan mengangguk. Padahal, hampir semua sejarah hidup Intan
yang disebut di dalam majalah-majalah dan rancangan TV sudahpun di’khatam’nya.
Fakta seperti Intan bermula dari majalah Remaja Kini terlalu mudah untuk Johan.
“Betul. Remaja Kini. Tapi, Intan rasa nak tolak laa offer tu...”
“Kenapa?”
“Ayah tentu tak benarkan. 100% pasti.”
Dalam fikiran Johan, kalau dia ubah fikiran dengan menolah offer itu,
sejarah mungkin berubah.
