Jan 27, 2011

Sekapur Sirih Seulas Epal

2 nota kaki
Salam.

Setiap kali kita sebagai manusia mendapat idea tentang sesuatu,
dan kita berniat nak simpan idea itu,
otak akan mainkan peranan dengan menyimpan 'memori' itu di dalam otak.

Jika bernasib baik,
andai idea itu dinilai oleh otak sebagai memori jangka panjang,
idea itu akan tersimpan dalam satu entiti dalam otak dipanggil hippokampus.
Anda akan terus ingat idea itu kemungkinan sehingga berabad lamanya.

Namun, proses simpanan memori dalam hippokampus adalah rumit
dan memerlukan pengulangan dan penguatkuasaan,
kerana proses 'melupakan' adalah semuajadi untuk setiap manusia.
Jika ianya tidak semulajadi,
otak anda mungkin dibebani dengan memori zaman kanak-kanak
yang tidak berfaedah seperti perasaan kencing dalam lampin dan sebagainya.

Jadi,
kebanyakan memori akan dinilai sebagai memori jangka pendek,
ataupun memori bekerja.
Kelemahan memori jenis ini adalah ialah terlalu cepat untuk hilang,
dan proses pengulangan dan penguatkuasaan adalah sangat penting
untuk mengekalkan komposisi memori ini.
Dari situlah datangnya istilah 'praktis membawa kesempurnaan' dan sebagainya.

Baiklah,
abaikan 90% dari apa yang aku taip di atas,
sebaliknya kekalkan dalam otak bahawa AKU SEORANG MANUSIA.
Maka, adalah lumrah bahawa AKU MUDAH LUPA.

Jadi,
blog ini adalah himpunan kisah fiksyen aku simpan
sama ada dalam otak aku ataupun dari buku nota conteng aku yang 50sen itu.
Aku cuba abadikan segalanya dalam blog ini supaya aku takkan lupa semua idea itu.
Juga, aku berniat nak kongsi segala idea ini dengan sesiapa sahaja.
Manalah tahu, ada penerbit filem berminat nak ambil idea asal cerita dari idea aku ni,
maka, silakan, dengan syarat dihargai sepenuhnya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...